IPOH – Calon yang tidak hadir menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disaran merebut peluang menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, penyertaan dalam bidang TVET dapat memastikan masa depan mereka lebih terjamin menerusi kemahiran yang diperoleh. – MGPerak