Mayat lelaki bogel tanpa identiti ditemui di tepi jalan

IPOH: Seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemui maut dalam keadaan bogel dengan kesan luka di bahagian dada, telinga dan juga kaki mangsa dipercayai ditikam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan orang awam berlakunya pergaduhan hingga menyebabkan kematian di Laluan Perusahaan Klebang 1, di sini jam 12.20 malam pada Isnin.

Menurut beliau, bertindak daripada maklumat pihak polis telah pergi ke lokasi kejadian dihadapan sebuah kilang di laluan tersebut dan menemui seorang lelaki dalam keadaan bogel dengan kesan luka di tepi jalan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan disebabkan terdapat kesan tikaman.

“Kes diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek terlibat sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Abang Zainal Abidin, siasatan juga sedang dijalankan dengan mengambil keterangan serta merakam percakapan saksi-saksi terlibat.

“Pihak polis memohon mana-mana ahli keluarga tampil untuk pengecaman identiti,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut juga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superitendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508 atau mana-mana balai polis berhampiran. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI