Kerajaan sedia baiki kelemahan penyasaran subsidi diesel – Anwar

BAGAN SERAI – Kerajaan bersedia untuk memperbaiki sebarang kelemahan dan isu berbangkit disebalik pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu bagi memastikan tiada mana-mana golongan yang layak menerima subsidi itu tercicir.

“(Sebelum ini) kita beri subsidi kepada golongan maha kaya dan 3.8 juta orang asing. Bagaimana hendak urus negara macam ini? Orang asing tidak bayar cukai pun dapat subsidi.

“Akan tetapi, apabila kita melaksanakannya (penyasaran semula subsidi diesel), saya percaya ia tidak sempurna sepenuhnya, dan ada beberapa kelemahan. Namun kita cuba (atasinya)

“Hari-hari tengok ada tangkapan di Sarawak, Kelantan, Perak dan di mana-mana berkenaan isu penyelewengan diesel. Justeru itu, ia harus dihentikan,” katanya.

Subsidi diesel Kerajaan sedia baiki kelemahan Anwar ibrahim perdana menteri rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JUN 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman KIGIP di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Tambah Anwar, langkah penyasaran semula harga bahan bakar itu tidak melibatkan rakyat kebanyakkan, namun sekiranya masih ada yang terkesan, kerajaan bersedia membantu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JUN 2024.

Ujar beliau lagi, perkara itu sepatutnya tidak menjadi kontroversi kerana pemimpin daripada semua parti politik setuju ia harus dilaksanakan kerana terlalu banyak ketirisan dana negara sebelum ini.

“Saya rasa aneh jika ia digunakan sebagai isu politik kerana semua parti politik sama ada Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan kini Kerajaan Perpaduan setuju.

“Saya ucap terima kasih kerana Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) kerana keluarkan kenyataan (positif tentang penyasaran semula harga diesel).

“Dia faham kerana dia pun pernah umumkan di Parlimen cadangan kerajaan pada ketika itu untuk menaikkan harga diesel,” ujar beliau.

Subsidi diesel Kerajaan sedia baiki kelemahan Anwar ibrahim perdana menteri rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JUN 2024.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, sekiranya kerajaan ketika ini tiada keberanian melaksanakan perkara itu segera, tahun demi tahun kerajaan hanya melaksanakan dasar-dasar yang merugikan negara.

“Jadi janganlah kata tindakan itu zalim. Jika syarikat-syarikat besar sengaja ambil peluang terima bantuan kerajaan (subsidi) sedangkan untungnya besar, tidaklah munasabah untuk mereka juga dapat subsidi,” katanya. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

RM4 bilion untuk projek air Sungai Perak-Bukit Merah – Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI