Suami maut, isteri cedera kereta terbabas masuk longkang

GERIK – Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta naiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang berhampiran Kampung Kenayat di Kilometer 767.7 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu tengah hari tadi.

Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas bercuti di kampung mereka di Kelantan sempena perayaan Aidiladha semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kemalangan itu sekitar jam 12.20 tengah hari.

Menurutnya, kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun yang turut dinaiki isterinya yang berusia 46 tahun dipercayai dari arah Gerik menuju ke Kuala Kangsar.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

“Kemalangan ini mengakibatkan pemandu kenderaan tersebut meninggal dunia di lokasi manakala penumpang di tempat duduk hadapan mengalami kecederaan ringan.

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumbat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Sub Inspektor Zulkifli Buang di talian 019-598 1659 untuk membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga wanita parah kemalangan kereta dengan lori

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI