UMNO tolak kerjasama dengan Pas selagi Hadi Presiden

KUALA KANGSAR – UMNO menolak kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi tampuk pimpinan parti berkenaan, tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia berdasarkan pengalaman beliau berbincang bersama Hadi sebelum ini yang sentiasa mengubah pendirian selepas memperoleh persetujuan.

“Saya ingat lagi dalam Majlis Tertinggi UMNO, Perdana Menteri ketika itu yang mewakili kita berkata, UMNO mesti bekerjasama dengan Pas kalau tidak kita menang sembilan kerusi sahaja dan tidak boleh bentuk kerajaan.

“Saya bentang pada Majlis Tertinggi ketika itu di mana saya seorang sahaja dan berkata tidak boleh beri pada Pas kerana Pas ini membohong dari dahulu sampai sekarang,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kangsar 2024, di Dewan Jubli Perak, di sini, pada Isnin.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Azian Osman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman.

Tambah Ahmad Zahid, beliau merupakan saksi hidup pembohongan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Marang itu, semasa mengadakan perbincangan sebelum ini.

“Ini saksi hidup bincang empat mata dengan Hadi Awang di mana depan kita setuju tetapi esok tukar tidak setuju, kemudian kita pujuk kata hendak tiga hari lepas tu jumpa lapan mata, Presiden dan Timbalan Presiden (PAS) bersama saya dengan timbalan.

“Setuju juga kemudian esok tukar lagi. Jangan percayalah selagi orang itu jadi Presiden jangan harap kita hendak bekerjasama dengan parti yang menunggang Islam,” katanya.

Ahmad Zahid pada tahun lalu menyifatkan Pas sebagai ‘gila talak’ apabila mengeluarkan kenyataan tidak menolak akan kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi Perikatan Nasional (PN). -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bukan mudah ambil UMNO ketika tidak bergelar kerajaan – Ahmad Zahid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI