Mitsubishi Pajero hanyut lepas dicuci di sungai

TANJUNG MALIM – Seorang pemilik pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero berdepan detik mendebarkan apabila kenderaannya dihanyutkan arus deras di sebuah kawasan rekreasi di Sungai Bernam, dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika pemilik kereta mencuci kenderaannya di sungai berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian yang berlaku pada 14 Oktober itu.

“Melalui maklumat yang diperolehi, kejadian itu berlaku pada 14 Oktober lalu lebih kurang jam 6.30 petang sewaktu pemandu Pajero ingin mencuci keretanya di sungai berkenaan.

“Sejurus, selesai mencuci kereta, kenderaan itu tersangkut di sungai dan hujan lebat berlaku di hulu sungai dan air sungai menjadi deras (bukan kepala air).

“Pemandu meninggalkan kenderaan tersebut yang kemudiannya dihanyutkan air deras lebih kurang 10 meter.

“Kenderaan tersebut dapat dibawa naik kembali dengan bantuan kawan-kawan pemandu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pemandu bersama keluarganya datang ke kawasan rekreasi itu untuk berkelah.

Katanya, sewaktu kenderaan itu hanyut, isteri dan anak-anak pemandu berada di tapak perkhemahan.

Terdahulu, tular di laman X video berdurasi 28 saat kejadian kereta hanyut di bawa arus deras kepala air di sungai dekat Teratak Riverview di Tanjung Malim. – MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI