Penjual durian tidak berbaju: Tidak wajar, tidak harus dicontohi

IPOH – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyifatkan tindakan beberapa pekerja lelaki berbadan sasa yang menjual durian tanpa memakai baju di sebuah gerai dipercayai di Kajang adalah tidak wajar dan tidak harus dicontohi penjual makanan lain.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya ada menerima aduan secara atas talian daripada netizen memaparkan situasi tersebut yang tular di media sosial.

“Tindakan itu memang tidak sesuai dalam proses penyediaan makanan atau penjual makanan tidak berpakaian kerana ia melibatkan kebersihan diri.

“Walaupun bertujuan meningkatkan hasil jualan tetapi tindakan tersebut tidak boleh dicontohi oleh penjual makanan lain.

“Sebab ia membabitkan penjualan buah-buahan, tidak membuat penyediaan makanan yang bermasak dan itu yang berlaku.

“Tetapi sebarang aduan memang kita akan terima dan akan siasat, jadi kalau (bab seperti) apron itu adalah untuk makanan bermasak yang mana itu memang prosedur kebiasaan yang kita amalkan,” katanya.

Penjual durian tidak berbaju: Tidak wajar, tidak harus dicontohi
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni (dua,kanan) merasmikan Kongres ASEAN ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di Kinta Riverfront Hotel and Suites, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kongres ASEAN ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 di hotel Kinta Riverfront di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha dan Pengarah Program, Dr G Nantha Kumar.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata berdasarkan maklumbalas yang diterima, video berkenaan dibuat adalah hanya untuk tujuan kandungan paparan media sosial.

“Mereka sudah menjawab bahawa itu adalah untuk tujuan ‘content’ tetapi perkara.itu memang tidak digalakkan sekiranya erdapat tindakan-tindakan yang boleh diambil, kita akan mengambil tindakan tersebut,” jelasnya.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa pekerja lelaki berbadan sasa sedang menjual durian sambil tidak memakai baju di sebuah gerai dipercayai di Kajang

Penampilan peniaga terbabit telah menarik perhatian ramai selepas sebuah video dimuat naik di akaun TikTok milik gerai berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

1,000 metrik tan durian segar akan dieksport ke China

Makan durian sepuasnya di Duriotourism@MARDI Kuala Kangsar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI