Suspek liwat warga asing dicekup di Ipoh

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang diburu polis selepas disyaki meliwat seorang warga asing di sebuah kondominium di sini, Khamis lalu berjaya ditangkap di Ipoh, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek ditahan polis pada jam kira-kira 11.45 pagi setelah meliwat rakan yang baru dikenalinya pada 4 Julai lalu.

Tangkapan suspek telah dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Suspek telah dibawa balik ke IPD Petaling Jaya dan akan dipohon perintah reman untuk tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, warga asing itu mengenali lelaki itu di gimnasium kondominium tempat tinggal suspek.

Ketika berjumpa di koridor kondominium berkenaan, suspek telah mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual-bual pada Khamis lalu, sekitar jam 5 petang.

Namun ajakan berbual itu bertukar menjadi tragedi apabila dia telah diliwat oleh suspek.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI