Peruntukan tambahan RM2 juta rancak industri bioteknologi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk pelaksanaan bawah program Bio-based Accelerator (BBA) pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan disalurkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) agar dapat membantu industri berasaskan bio menjadi meniadi lebih inovatif dan celik teknologi.

Beliau percaya bahawa syarikat-syarikat bioteknologi berasaskan bio di Malaysia khususya syarikat berstatus BioNexus dan syarikat di bawah program BBA dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang latihan praktikal serta pengalaman dan pengetahuan industri dalam bidang itu.

Ia bagi mendukung minat generasi muda terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

“Dengan galakan daripada MOSTI dan kerjasama syarikat Bioeconomy Corporation, syarikat-syarikat berstatus BioNexus dan BBA dapat memastikan Malaysia mempunyai tenaga keria STEM yang berkelayakan tinggi untuk memacu inovasi dan pembangunan mampan dalam sektor bioekonomi.

“Disebabkan itu, saya menyokong penuh agar pihak MOSTI dan Bioeconomy Corporation mempertingkatkan lagi program BBA dan status BioNexus.

“Di sini saya mengumumkan kerajaan akan memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk pelaksanaan program BBA pada tahun 2024 supaya dapat membantu industri sektor berasaskan bio meniadi meniadi lebih inovatif dan celik teknologi dan seterusnya meningkatkan tenaga kerja dalam STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian National Bioeconomy Showcase 2024 (NBiOSHOWCASE 2024) di Pusat Dagangan Putra, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan Kerajaan Madani komited dalam memperkasakan sektor-sektor berasaskan sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui dasar-dasar seperti Dasar Sains, Teknologi, dan Inovasi Negara (DSTIN) serta Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) untuk membawa Malaysia ke puncak kemajuan.

Tambah beliau, usaha-usaha perlu diperhebatkan lagi dalam pelaksanaan dasar-dasar itu untuk mempromosikan sektor bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia agar negara ini mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.

“Kita harus menggalakkan lagi penglibatan syarikat-syarikat dan semua pihak berkepentingan dalam memajukan sektor bioteknologi ini.

“Selain itu, bidang bioteknologi dan berasaskan bio juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan minat dalam bidang STEM yang merupakan asas kepada pembangunan negara dan kemajuan STI.

“Kita perlu berikhtiar dengan lebih keras untuk meningkatkan penempatan pekeriaan graduan STEM sebanyak 80 peratus menjelang tahun 2030,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI