MGPerak: Sukma: Silver To Gold! Perak Pertaruh 777 Atlet, Tawar RM5,000 Untuk Emas

141

IPOH – Seramai 777 atlet Negeri Perak akan berentap pada pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kesemua mereka membawa harapan 2.5 juta rakyat negeri ini dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 35 pingat emas dan lima tertinggi kedudukan terbaik.

Katanya, sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Perak mengumumkan insentif kepada atlet yang berjaya menyumbang pingat pada temasya sukan dwitahunan itu nanti. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini