Anggota APM maut motosikal terbabas, langgar tiang lampu

TANJUNG MALIM – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Slim River maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu kanan jalan di Jalan Felda Trolak Selatan, Slim River dekat sini, pada Ahad.

Mangsa, Muhammad Asyraf Haikal Zulkepli, 18, maut di lokasi disebabkan polytrauma akibat kemalangan jalan raya (polytrauma secondary to road traffic accident).

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam 8.15 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Benelli VZ125i bersendirian sedang dalam perjalanan dari Slim River ke rumahnya di Felda Trolak Timur.

Anggota APM maut motosikal terbabas, langgar tiang lampu
Anggota APM Daerah Slim River yang maut dalam kemalangan di Jalan Felda Trolak Selatan dekat Slim River pada Ahad. Foto ihsan IPD Muallim

“Bagaimanapun, apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa telah terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu kanan jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut mangsa terjatuh dan telah meninggal di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut turut mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nenek maut motorsikal terbabas ketika cuba elak anjing lintas jalan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI