Hotel pertama di Perak tukar sisa makanan jadi baja

IPOH – Masalah berkaitan pembuangan sisa makanan yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar turut menjadi kebimbangan kepada syarikat perhotelan.

Atas dasar itu, Hotel WEIL di Jalan Sultan Idris Shah, dekat sini mengambil inisiatif dengan menjadi hotel pertama di Negeri Perak dalam mengurus sisa makanan untuk diproses atau dikompos sebagai baja tanaman.

Hotel pertama di Perak ambil inisiatif tukar sisa makanan jadi baja organik tanaman mesin sampah
Hasil sisa makanan yang telah dijadikan baja kompos akan dibungkus untuk dijual kepada orang ramai dengan harga bermula RM5 sepeket. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2024.

Pengarah Urusannya, Liew Yu-Wei, berkata, langkah yang digerak sejak Februari itu sebagai usaha pihaknya dalam mengurangkan lambakan sisa makanan daripada dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Katanya, dianggarkan 100 kilogram (kg) sisa makanan sehari akan dikumpul dan diproses melalui mesin memproses baja kompos dari syarikat tempatan, Mentari Alam Eko (M) Sdn Bhd atau MAEKO.

Hotel pertama di Perak ambil inisiatif tukar sisa makanan jadi baja organik tanaman mesin sampah
Pengarah Urusan Hotel WEIL, Liew Yu Wei pada sidang media Hotel WEIL menjadikan sisa makanan sebagai baja kompos sejak Februari lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2024.
Hasil sisa makanan yang telah dijadikan baja kompos. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2024.

“Setiap tahun dianggarkan 37 tan sisa makanan  dibuang dari hotel ini kerana tiadanya satu sistem pengurusan sisa makanan yang baik, dan akhirnya ia terus ke tapak pelupusan sampah.

“Oleh itu, melalui usaha yang digerakkan ini, ia dianggarkan dapat menghalang 40 tan pelepasan karbon (CO2) yang menyumbang kepada pemanasan global serta perubahan iklim,” katanya dalam Sidang Media Kempen ‘Be An Eco Hero’ di Hotel WEIL, dekat sini, pada Rabu.

Hotel pertama di Perak ambil inisiatif tukar sisa makanan jadi baja organik tanaman mesin sampah
Penolong Projek Mentari Alam Eko (M) Sdn Bhd (MAEKO), Fairuzzatulaini Alias (dua, kanan) memberi taklimat kepada media berkenaan sisa makanan di Hotel WEIL dijadikan baja kompos sejak Februari lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2024.

Tambah Yu-Wei, mesin berkenaan juga boleh menghasilkan 20 kg sehari atau 7.3 tan setahun baja tanaman hasil dari sisa organik hotel yang diikompos dengan lebih efisien.

Ujar beliau, selain mampu memberi penjimatan lebih 10 peratus kepada kos pengurusan landskap hotel, baja yang dihasilkan juga dijual kepada orang ramai dengan harga RM5 bagi pek baja seberat 500 gram (g).

Hotel WEIL serta Mentari Alam Eko (M) Sdn Bhd (MAEKO) bekerjasama menjadikan hotel pertama di Perak yang melaksanakan inisiatif penghasilan baja kompos melalui sisa makanan yang diproses sejak Februari lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2024.
Hotel pertama di Perak ambil inisiatif tukar sisa makanan jadi baja organik tanaman mesin sampah
Tukang masak Hotel WEIL membuang sisa makanan untuk dijadikan baja kompos sejak Februari lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2024.

“Kami melabur sekitar RM200,000 untuk pembelian mesin memproses baja kompos itu dan ia bukan satu jumlah yang kecil.

“Walau bagaimanapun, ia merupakan sebahagian komitmen kami melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar terus terjaga,” katanya lagi.

Hotel pertama di Perak ambil inisiatif tukar sisa makanan jadi baja organik tanaman mesin sampah
Penolong Projek Mentari Alam Eko (M) Sdn Bhd (MAEKO), Fairuzzatulaini Alias memberi taklimat kepada media berkenaan sisa makanan di Hotel WEIL menjadi baja kompos sejak Februari lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2024.

Sementara itu, Penolong Projek MAEKO, Fairuzzatulaini Alias berkata, mesin yang dihasilkan melalui tenaga pakar tempatan itu mampu memproses sisa makanan kepada baja kompos dalam tempoh 24 jam.

“Sisa makanan hotel akan dikumpul dan dimasukkan ke dalam mesin untuk diproses dijadikan baja kompos. Melalui teknologi terkini, ia dapat dihasilkan dalam tempoh singkat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kebun sayur, buah-buahan dalam masjid, bantu jana pendapatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI