SUKMA 2024: Perak raih emas kedua

IPOH – Kontinjen Negeri Perak terus beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas kedua pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, pada Khamis.

Atlet Wushu Taolu, Foo Mun Fei, meraih emas pada acara Nangun individu lelaki saingan di Stadium Wushu Sarawak, Kuching.

Dalam aksi itu, Mun Fei berjaya mengalahkan 15 pesaing lain dan meraih pingat itu melalui kutipan 9.593 mata keseluruhan.

Atlet berusia 19 tahun itu berada di hadapan apabila berbeza tiga mata dengan atlet Johor, Chee Zi Xiang yang meraih pingat perak.

Sementara, pingat gangsa menjadi milik atlet dari Wilayah Persekutuan, Sing Guang Sheng, selepas mengumpul 2.570 mata.

Wushu, sukan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan menawarkan keseluruhan 28 pingat emas sepanjang tiga hari pertandingan bermula Rabu.

Untuk rekod, ia adalah pingat emas kedua untuk kem Perak selepas mengutip emas pertama melalui acara berbasikal lebuh raya bagi acara ujian masa perseorangan wanita pada Rabu.

Setakat jam 8 malam, kontinjen Perak berada di kedudukan kelima terbaik dengan keseluruhan kutipan masing-masing dua pingat emas, dan satu gangsa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

SUKMA 2024: Perak mula langkah kanan

SUKMA 2024: Atlet Perak sedia buru emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI