Lelaki maut motosikal terbabas di lebuh raya

IPOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 287.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 2.11 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave bersendirian dalam perjalanan dari arah Butterworth menuju ke Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk proses bedah siasat,“ katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Justeru, kita meminta saksi yang melihat kejadian tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-671 3177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,“ ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta semua pengguna jalan raya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita, kanak-kanak perempuan maut nahas dua kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI