Tiga rumah, tiga motosikal terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh

SUNGAI SIPUT – Tiga rumah termasuk tiga buah motosikal terbakar dalam kejadian di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.27 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput serta dibantu BBP Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

“Ketika tiba di lokasi kita mendapati kebakaran melibatkan tiga rumah jenis kelas A dan B. Rumah pertama terbakar kira-kira 45 peratus, rumah kedua musnah 90 peratus termasuk sebuah motosikal dan rumah ketiga 10 peratus terbakar serta dua motosikal.

“Kita mendapati jarak di antara sebuah rumah dengan rumah yang lain lebih kurang 3.04 meter,“ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, ketua operasi kemudianya melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) dengan mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan dua aliran hos (60 meter) dan tiga pancutan di bahagian hadapan.

Tambahnya, satu aliran hos (60 meter) dan dua pancutan pada bahagian belakang rumah bantuan dari jentera fire rescue tender (FRT) BBP Kuala Kangsar bersumberkan air dari pili bomba, pam dan jentera.

“Kebakaran terkawal pada jam 10.48 malam dan padam sepenuhnya sekitar jam 1.39 pagi. Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Manjoi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI