Dua pendaki wanita sesat di Bukit Tiga Ratus ditemukan selamat

LUMUT – Dua wanita yang dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tiga Ratus, Seri Manjung, di sini ditemukan selamat pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.35 tengah hari dan sepasukan sembilan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, pihaknya turut berjaya menghubungi mangsa melalui talian telefon bagi mendapatkan lokasi sebenar.

“Kedua-dua mangsa berusia 21 dan 23 tahun telah berjaya dijumpai dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota kemudiannya mengiringi mangsa turun ke kaki bukit dan mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Penolong Bomba Kanan II Fazli Salehudin tamat pada jam 1.49 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga rumah, tiga motosikal terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI