Imigresen tahan remaja warga asing cuba mohon pasport Malaysia

GEORGE TOWN – Cubaan remaja lelaki warga Sri Lanka untuk mendapatkan pasport Malaysia gagal apabila tindakan suspek mengaku rakyat tempatan berjaya dikesan pegawai Pejabat Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) Komtar di sini semalam.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, remaja lelaki itu mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai kanak-kanak berumur 10 tahun dengan ditemani seorang wanita tempatan yang mengaku ibunya.

Beliau berkata, penyelia bertugas menyedari fizikal remaja itu tidak sepadan dengan kanak-kanak berumur 10 tahun dan mendapati dia juga tidak memahami sebarang soalan yang diajukan.

“Siasatan awal mendapati remaja berkenaan tidak boleh berbahasa Melayu dan percakapannya bukan dalam dialek Tamil yang lazim digunakan oleh orang India di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Zulfa berkata, wanita itu kemudian mengaku dia bukan ibu kepada remaja lelaki berkenaan.

Beliau berkata, wanita itu juga mengaku menerima sejumlah wang sebagai ganjaran manakala remaja berkenaan turut mengaku dia ialah warga Sri Lanka.

Beliau berkata, penyelia bertugas menyedari fizikal remaja itu tidak sepadan dengan kanak-kanak berumur 10 tahun dan mendapati dia juga tidak memahami sebarang soalan yang diajukan.

“Siasatan awal mendapati remaja berkenaan tidak boleh berbahasa Melayu dan percakapannya bukan dalam dialek Tamil yang lazim digunakan oleh orang India di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nur Zulfa berkata, wanita itu kemudian mengaku dia bukan ibu kepada remaja lelaki berkenaan.

Beliau berkata, wanita itu juga mengaku menerima sejumlah wang sebagai ganjaran manakala remaja berkenaan turut mengaku dia ialah warga Sri Lanka. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI