Pergelangan tangan hancur tersepit mesin buang sabut kelapa

BAGAN DATUK – Seorang pekerja warga Bangladesh hancur pergelangan tangan kanan selepas tersepit di dalam mesin membuang sabut kelapa di sebuah kilang di sini, pada Khamis.

Mangsa, yang dikenali sebagai Miraj Hossain, 35, dipercayai mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu sewaktu menjalankan rutin kerja harian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 tengah hari berhubung kejadian itu.

Pergelangan tangan hancur tersepit mesin buang sabut kelapa
Anggota bomba sedang membantu mengeluarkan tangan masa yang tersepit di dalam mesin. Foto ihsan JBPM Perak

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat.

“Anggota menjalankan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dan cedera sebelum diserahkan pada pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk tindakan selanjutnya,“ katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Faris Zahir tamat sepenuhnya pada jam 1.12 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Seorang lelaki maut tersepit kemalangan dengan lori

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI