Dua maut, dua cedera parah kereta hilang kawalan, langgar tembok

IPOH – Pasangan suami isteri maut manakala dua lagi cedera parah selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan lalu terlanggar tembok kiri jalan di Jalan Kuala Kangsar, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Juara yang dipandunya lelaki berusia 52 tahun itu dipercayai datang dari arah Tasek menuju ke Pekan Ipoh.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan jalan raya berlaku apabila pemandu bersama tiga orang penumpang yang merupakan ahli keluarga pemandu antara 49 hingga 75 tahun dalam perjalanan dari arah Tasek menuju ke Pekan Ipoh.

“Semasa melalui tempat kejadian dipercayai kenderaan dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terlanggar tembok kiri jalan.

“Akibat perlanggaran itu, ibu dan bapa mertua pemandu yang juga penumpang kereta tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Pemandu bersama seorang lagi penumpang kereta mengalami kecederaan parah.

“Mangsa maut telah dihantar ke ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Justeru, Abang Zainal Abidin meminta saksi yang melihat kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian 018-372 8477 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua lelaki nyaris maut MPV dinaiki terbakar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI