Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani santuni 367 guru besara, sakit

LUMUT – Seramai 367 guru termasuk yang bersara disantuni Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) melalui Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani sejak diperkenalkan pada 2022 sehingga 2023.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, program yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad itu, turut menyasarkan 200 warga pendidik bakal disantuni bagi tahun 2024.

Menurut beliau, Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani pada tahun ini akan dilaksana bermula September sehingga Disember melibatkan peruntukan berjumlah RM70,000 daripada kerajaan Perak.

“Program ini adalah salah satu program turun padang yang dianjurkan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Perak untuk kita santuni dan ziarah warga pendidik sama ada masih berkhidmat atau bersara yang mungkin dalam kesihatan yang tidak mengizinkan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah ketika sidang media pada Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani Negeri Perak 2024 di Hotel Sfera, Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OGOS 2024.

“Dengan satu matlamat kita mahu beri rasa penghargaan dan pengiktirafan atas segala khidmat bakti yang telah mereka sumbangkan sewaktu berkhidmat atau masih berkhidmat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MG Perak selepas hadir melancarkan Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani Negeri Perak 2024 di Hotel Sfera, Seri Manjung, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut Khairudin berkata, setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini menerima RM5,000 manakala JPN RM10,000 bagi melaksanakan Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani bagi tahun ini.

Ujar beliau, peruntukan berkenaan membuktikan Menteri Besar Perak amat prihatin dalam perkara berkaitan kebajikan guru khususnya mereka yang mengalami masalah kesihatan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah bergambar bersama wakil Pejabat Pendidikan Daerah pada Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani Negeri Perak 2024 di Hotel Sfera, Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 OGOS 2024.

“Kita juga dapat melihat JPN tidak pernah mengabaikan mereka yang berada dalam keadaan tidak sihat tapi masih ada ruang dan peluang untuk disantuni.

“Program ini merupakan pendekatan baik yang dilaksanakan JPN Perak dan pihak kerajaan negeri di mana kita sentiasa mendukung kearah memastikan bahawa kita juga merasai siapalah kita tanpa didikan dan asuhan seorang guru,” katanya.

Khairudin berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani dilaksanakan tahun-tahun mendatang. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

800 pelajar, warga pendidik ikuti program ‘Tanya Cikgu Saarani’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI