Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat pelan pembinaan ketika hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian, pada Jumaat. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OGOS 2024.