RM96.7 juta baucar buku sudah ditebus

IPOH – Sebanyak RM96.7 juta nilai pemberian baucar buku untuk pelajar di peringkat sekolah sehingga institusi pengajian tinggi (IPT) telah ditebus setakat Jumaat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, penebusan melalui pelantar atas talian, Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) dan Kota Buku Digital itu merekodkan peningkatan sebanyak RM31 juta berbanding setakat 26 Ogos lalu.

“Kita lihat pelaksanaannya sekarang sedang dalam satu proses yang amat pantas dan penebusan baucar buku ini haruslah dibuat sebelum 31 Disember nanti.

“Maka saya telah  meminta kerjasama daripada kesemua sekolah khasnya guru besar, untuk membantu anak-anak kita dalam penebusan baucar buku ini” katanya.

baucar buku sudah ditebus pelajar IPT Wong Kah Woh sekolah IPT institusi
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh bergambar kenangan bersama penerima sijil penghargaan pada Majlis Perasmian Penutup Sidang Perwakilan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM) Ke-34 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 SEPTEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia (KKGGBM) Ke-34 di Hotel Kinta Riverfront, dekat sini, pada Jumaat.

Majlis dihadiri kira-kira 600 peserta dari Persatuan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Dalam pada itu beliau memberitahu, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM284 juta bagi pelaksanaan baucar buku berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh ketika sesi sidang media pada Majlis Perasmian Penutup Sidang Perwakilan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM) Ke-34 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 SEPTEMBER 2024.

Jelasnya, penebusan melalui kaedah secara atas talian dilihat lebih berkesan dalam memenuhi matlamat sebenar inisiatif berkenaan, di samping mampu mengurangkan risiko ketirisan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei lalu, mengumumkan pemberian baucar buku RM50 dan RM100 kepada pelajar di bawah institusi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ia membabitkan murid tahun empat dan ke atas, pelajar sekolah menengah, penuntut institusi pendidikan tinggi serta Institut Pendidikan Guru.

baucar buku sudah ditebus pelajar IPT Wong Kah Woh sekolah IPT institusi
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berucap pada Majlis Perasmian Penutup Sidang Perwakilan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM) Ke-34 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 SEPTEMBER 2024.

Dalam perkembangan lain Kah Woh berkata, kebanyakan warga pendidik ketika ini didapati mempunyai tahap kompetensi digital yang baik.

Kata beliau, KPM sentiasa melaksanakan inisiatif berterusan dalam memastikan setiap guru dapat menguasai ilmu digital dengan baik seiring dengan perkembangan semasa.

“Bagi penggunaan aktif guru untuk pelantar DELIMa telah mencecah lebih daripada 93 peratus.

“Dan sekarang, kita bukan sahaja hendak meningkatkan lagi penglibatan guru dalam pelantar digital berkenaan, malah pada masa sama kita juga mahu meningkatkan lagi penglibatan dalam kalangan anak-anak kita,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPM komited perluas akses pendidikan anak Orang Asli

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI