Bertongkat bukan penghalang untuk terus berkhidmat sebagai siak

IPOH – Sepanjang berkhidmat selama 33 tahun di Masjid Jamek Jalan Menderang, Sungkai, Mua’ai Ribut, 71, memperoleh pengalaman yang cukup berharga dalam kerjayanya sebagai siak.

Bapa kepada tujuh orang anak itu yang mengalami sakit lutut sejak enam tahun lalu masih terus menjalankan amanah yang diberikan walaupun perlu menggunakan tongkat (kadangkala berkerusi roda) untuk bergerak.

Penerima Tokoh Siak sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri Perak itu memulakan tugas awal pagi sebelum masuk waktu solat Subuh.

“Saya memulakan tugas dari membuka pintu masjid, hidupkan suis lampu, pendingin hawa, kipas dan membersihkan karpet di ruang solat.

“Bagaimanapun, ada dugaan apabila saya bertugas pada waktu malam namun Alhamdulillah, setakat ini belum ada insiden berkaitan jenayah berlaku.

“Tugas saya selesai selepas mengunci semula pintu masjid pada waktu malam,” katanya ketika ditemui media Pusat Konvensyen Casuarina, Meru Raya di sini pada Isnin.

Datuk kepada 17 orang cucu ini juga pernah meletakkan jawatan selepas pandemik Covid-19 akibat sakit lutut.

“Asalnya saya sudah letak jawatan selepas Covid-19 sebab sakit lutut. Kemudian lepas mesyuarat, saya dimaklumkan tiada orang yang sanggup menggantikan tempat saya.

“Kemudian bendahari masjid berjumpa saya serta meminta tolong saya untuk menjadi siak kembali dan dia meminta saya melakukan kerja-kerja ringan sahaja,” ujarnya yang berasal dari Menderang, Sungkai. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ibu tunggal cekal sara, didik lapan anak hingga berjaya

Sultan Nazrin berangkat ke Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI