Pameran ‘Ipoh Segalanya Di Sini’ bawa pengunjung lewati sejarah Kinta

LANTARAN kaya dengan nilai sejarah dan warisan, Daerah Kinta boleh diibaratkan sebagai ‘jantung’ kepada Negeri Perak.

Daerah dengan keluasan 1,305 kilometer (km) persegi itu dikatakan berasal daripada nama ‘Genta’ yang merujuk kepada sebuah loceng besar yang lazimnya digantung di tempat tinggi.

Dipercayai pengaruh ejaan ‘Genta’ dalam tulisan jawi akhirnya membawa kepada sebutan perkataan ‘Kinta’.

Pameran Ipoh Segalanya Di Sini bawa pengunjung lewati sejarah Kinta daerah sejarah masyarakat bahan gambar bangunan Muzium Darul Ridzuan
Pengunjung dari dalam dan luar negeri tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran ‘Ipoh Segalanya Di sini’ yang sedang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa, sempena musim cuti persekolahan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 SEPTEMBER 2024.

Dalam daerah berkenaan pula, terdapat satu kawasan yang menjadi pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Kinta dan Sungai Pari.

Kawasan yang diberi nama Ipoh itu dipercayai berasal daripada perkataan ‘Ipuh’ yang merujuk kepada pokok ipuh atau pokok upas yang senang ditemukan di situ.

Selain itu, suatu masa dahulu, dipercayai masyarakat Cina menyebut Ipoh sebagai Palo yang mana ia merujuk kepada Kampung Paloh yang lazimnya menjadi tempat untuk sampan berlabuh.

Pameran Ipoh Segalanya Di Sini bawa pengunjung lewati sejarah Kinta daerah sejarah masyarakat bahan gambar bangunan Muzium Darul Ridzuan
Pelbagai jenis pameran bertemakan ‘Ipoh Segalanya Di sini’ yang sedang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, sempena musim cuti persekolahan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 SEPTEMBER 2024.

Itu antara maklumat yang boleh didapati sekiranya berkunjung ke pameran ‘Ipoh Segalanya Di Sini’ yang diadakan di Muzium Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh.

Setelah ditutup sementara bagi kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan sejak Mac lalu, muzium itu kini dibuka semula untuk lawatan orang ramai secara percuma setiap hari, bermula pada jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Pengunjung dari dalam dan luar negeri tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran ‘Ipoh Segalanya Di sini’ yang sedang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa, sempena musim cuti persekolahan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 SEPTEMBER 2024.

Menurut Lembaga Muzium Negeri Perak, pameran Ipoh Segalanya Di Sini menggambarkan titik perjalanan pembangunan yang melewati latar masa, sejarah, ekonomi, sosial dan perbandaran dalam Lembah Kinta.

“Pesona Lembah Kinta dalam persekitaran masyarakat Ipoh mempunyai hubungkait yang rapat dalam proses pembangunannya.

“Justeru itu, pameran ini mengangkat perkembangan Ipoh melalui landskap Lembah Kinta yang unik dan tersendiri hingga menjadikannya sebuah bandar raya moden serta simbol perpaduan dalam keharmonian masyarakat,” katanya melalui satu kenyataan.

Pameran Ipoh Segalanya Di Sini bawa pengunjung lewati sejarah Kinta daerah sejarah masyarakat bahan gambar bangunan Muzium Darul Ridzuan
Pengunjung dari dalam dan luar negeri tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran ‘Ipoh Segalanya Di sini’ yang sedang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa, sempena musim cuti persekolahan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 SEPTEMBER 2024.

Pameran Ipoh Segalanya Di Sini terbahagi kepada sembilan segmen dengan empat segmen di tempatkan di tingkat atas bangunan Muzium Darul Ridzuan.

Segmen di aras bawah adalah Segmen Pengenalan: Satu titik permulaan, Imbasan masa dan sejarah, Masyarakat atau kependudukan, Penempatan awal masyarakat Melayu, serta Segmen Panglima Kinta.

Sementara di aras atas, ia menempatkan Segmen Pengaruh antara dua sungai, Era kolonial, Kepesatan pembangunan dan Pesona Ipoh.

 

Pameran bawa pengunjung kembali ke masa lampau

Melangkah masuk ke pintu utama, pengunjung akan terpesona dengan hiasan replika pintu gua dan gambar-gambar bukit batu kapur yang sering menjadi ikon kepada Ipoh dan Kinta.

Selain itu, pameran berkenaan turut menempatkan beberapa gambar aktiviti perlombongan bijih timah sewaktu era penjajahan British yang pastinya akan membawa pengunjung seolah-olah kembali ke zaman itu.

Pameran Ipoh Segalanya Di Sini bawa pengunjung lewati sejarah Kinta daerah sejarah masyarakat bahan gambar bangunan Muzium Darul Ridzuan
Pengunjung dari dalam dan luar negeri tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran ‘Ipoh Segalanya Di sini’ yang sedang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa, sempena musim cuti persekolahan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 SEPTEMBER 2024.

Pada masa sama, ada juga dipamerkan gambar-gambar kawasan penempatan asal Orang Asli dan Orang Melayu, kejadian banjir besar serta suasana bandar raya Ipoh sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Ketika tinjauan MG Perak ke Muzium Darul Ridzuan, antara bahan pameran menarik adalah peralatan memburu digunakan masyarakat Orang Asli, peralatan perlombongan bijih timah, serta miniatur Masjid Panglima Kinta.

Juga mencuri perhatian adalah beberapa siri peta daerah Kinta yang dipercayai diterbitkan pihak British ketika menjajah Perak suatu ketika dahulu.

Pameran Ipoh Segalanya Di Sini bawa pengunjung lewati sejarah Kinta daerah sejarah masyarakat bahan gambar bangunan Muzium Darul Ridzuan
Pelbagai jenis pameran bertemakan ‘Ipoh Segalanya Di sini’ yang sedang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, sempena musim cuti persekolahan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 SEPTEMBER 2024.

Selain ejaan lama bagi nama-nama kampung di Ipoh, dapat diperhatikan beberapa kawasan sawah padi yang pernah wujud di sekitar bandar ini melalui peta berkenaan.

Menjengah ke ruangan ‘Sekilas Fakta’ ada dipamerkan beberapa maklumat menarik berkaitan daerah Kinta antaranya senarai etnik Melayu terawal yang mendiami serta kewujudan kampung utama dan kawasan perniagaan Orang Melayu.

 

Pernah jadi markas pentadbiran Inggeris, Jepun

Menyentuh sedikit tentang Muzium Darul Ridzuan, bangunan dua tingkat itu dibina pada tahun 1926 dengan ciri-ciri reka bentuk Inggeris yang masih dikekalkan sehingga kini.

Bangunan yang pernah dijadikan markas pentadbiran pihak Inggeris serta Jepun itu dikatakan mempunyai terowong dan kubu perlindungan udara di bawah tanah.

Pengunjung dari dalam dan luar negeri tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran ‘Ipoh Segalanya Di sini’ yang sedang berlangsung di Muzium Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa, sempena musim cuti persekolahan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 SEPTEMBER 2024.
Muzium Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 SEPTEMBER 2024.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, bangunan itu juga pernah menempatkan pejabat kerajaan iaitu Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak dan Pejabat Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri.

Pada tahun 1991, reka bentuk dalaman bangunan itu diubah suai dan diberi nama Muzium Darul Ridzuan sebelum dirasmikan pada 18 Ogos 1992 oleh Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ketika itu baginda sebagai Pemangku Sultan Perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pembangunan warisan sejarah perlu libatkan pendidikan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI