Fenomena air pasang: Pelantar ikan, restoran rosak

BAGAN DATUK – Hujan lebat berterusan beserta fenomena air pasang besar di daerah ini merosakkan pelantar ikan serta sebuah kedai makan di Bagan Sungai Burung, Rungkup selepas dipukul ombak pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk, Mohd. Fazly Mohamad Zawawi berkata, seramai seorang pegawai dan empat anggota telah dikerahkan ke lokasi bagi membuat pemantaun paras air.

Menurut beliau, hasil pemantauan mendapati berlakunya angin serta ribut yang mengakibatkan kerosakan harta benda namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Anggota APM Bagan Datuk melakukan pemantauan di pelantar ikan dan restoran di Bagan Sungai Burung, Rungkup yang rosak akibat fenomena air pasang besar di Bagan Datuk. Foto, APM BAGAN DATUK.

“Betul kejadian berlaku pada jam 4 pagi tadi dengan hujan dan ribut petir serta ombak telah membadai persisir pantai menyebabkan lantai pelantar ikan serta sebuah restoran di Bagan Sungai Burung rosak teruk.

“Meskipun hujan masih berlaku namun tiada keperluan untuk membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kerana keadaan paras air laut telah surut,” katanya Ketika dihubungi pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Fazly berkata, fenomena air pasang besar di Bagan Datuk bermula pada 16 sehingga 23 September ini dengan paras tertinggi air laut pada ketinggian 3.5 meter pada Jumaat ini.

Anggota APM Bagan Datuk melakukan pemantauan di pelantar ikan dan restoran di Bagan Sungai Burung, Rungkup yang rosak akibat fenomena air pasang besar di Bagan Datuk. Foto, APM BAGAN DATUK.

Beliau turut menasihati orang ramai yang tinggai sepanjang atau berhampiran pesisir pantai agar peka dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Saya juga ingin mengingatkan bahawa bot-bot kecil tidak digalakkan ke laut dengan fenomena air pasang ini dan sekiranya berlaku perkara tidak diingini segera hubungi talian kecemasan.

“Orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa mendapatkan maklumat cuaca serta air pasang melalui media massa serta medium sahih yang lain,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Musim tengkujuh bermula 11 Nov ini hingga Mac tahun depan – Met Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI