Semua premis GISBH di Perak dalam pemerhatian polis

IPOH – Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan semua premis Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di negeri ini berada di dalam radar pemerhatian Polis.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada pihaknya akan menjalankan operasi di premis terlibat.

“Lokasi kita tidak dapat beri kenyataan hari ini sebab masih lagi dalam radar kita, jadi kita tunggu dan lihatlah,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan semasa melibatkan premis GISBH di negeri ini selepas hadir ke Majlis Meraikan Pesara dan Bakal Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan polis sudah memulakan siasatan terhadap kumpulan perniagaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

11 September lalu media melaporkan seramai 392 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan pihak polis dari dari 20 rumah amal dikendalikan kumpulan perniagaan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan dibuat selepas polis menerima laporan pada 2 September lalu berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISBH di Negeri Sembilan dan Selangor.

Razarudin turut mengesahkan polis sudah memulakan siasatan terhadap kumpulan perniagaan berkenaan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Isu GISBH: Walaupun Tiada Kaitan, Farmasi Dakwa Kena Tempias

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI