Perak komited melahirkan lebih ramai generasi ulul albab, huffaz

IPOH – Kerajaan negeri Perak amat komited dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi Ulul Albab dan huffaz di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini kerajaan negeri telah menubuhkan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) di Tambun, Lenggong, Pangkor, Tapah dan Kerian.

Menurutnya, sekolah berkenaan tidak semata-mata tertumpu kepada hafalan al-Quran, tetapi juga mengintegrasikan ilmu akademik, teknologi dan kemahiran yang relevan dengan keperluan masa kini.

“Justeru, kerajaan negeri telah memperluas jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk institusi-institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor swasta.

Perak komited melahirkan lebih ramai generasi ulul albab, huffaz
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyerahkan sijil penghargaan ketika hadir ke Majlis Perasmian Multaqa’ Huffaz 2024 Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 SEPTEMBER 2024.

“Ini adalah untuk memastikan peluang pendidikan tahfiz yang lebih baik dan berkesan kepada generasi muda kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Multaqa Huffaz Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak 2024 di Auditorium Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Saarani memaklumkan kerajaan negeri sentiasa berikhtiar supaya perhatian dapat diberikan kepada keperluan tenaga pengajar, infrastruktur termasuk kebajikan pendidik dan pelajar di institusi-institusi tahfiz di Perak.

“Saya percaya, seorang huffaz yang berkualiti mampu menjadi contoh teladan dan pemimpin dalam masyarakat.

Perak komited melahirkan lebih ramai generasi ulul albab, huffaz
Suasana sekitar Majlis Perasmian Multaqa’ Huffaz 2024 Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 SEPTEMBER 2024.

“Mereka adalah penjaga ajaran al-Quran yang tulen, memastikan bahawa ajaran Islam yang sebenar dipelihara dan disampaikan kepada generasi akan datang,” ujarnya.

Ujar beliau, huffaz bukan sekadar menghafaz al-Quran, tetapi juga cerminan akhlak mulia yang diterapkan oleh al-Quran.

“Setiap ayat yang mereka hafaz adalah cahaya yang menerangi kehidupan mereka, yang mereka sebarkan kepada masyarakat melalui contoh teladan yang baik,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perak peruntuk RM5 juta naik taraf institusi pendidikan Islam – Saarani

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI