‘Hati-hati, jangan jadi racun dalam Kerajaan Perpaduan‘ – Kor Ming

IPOH – Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai ‘wake up call’ dan peringatan kepada Kerajaan Perpaduan selepas peratusan mengundi rendah dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

Ujar Kor Ming, jika dilihat apabila peratusan undi bukan Melayu sangat rendah adalah penting untuk kerajaan memandang serius mengapa mereka tidak keluar mengundi dan apakah mesej yang ingin disampaikan rakyat.

Justeru, beliau meminta supaya pucuk pimpinan masing-masing untuk menjaga kedamaian dan keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.

“Komponen Kerajaan Perpaduan perlu berwaspada terhadap mereka yang dianggap sebagai perosak yang merupakan gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut.

“Semua parti perlu berhati-hati supaya ia tidak menjadi racun kepada kita (Kerajaan Perpaduan) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susuk sebelanga. Kita tahu siapa dia perosak dalam komponen kerajaan MADANI. Mereka dilihat bukan berjuang untuk kerajaan MADANI sebaliknya satu usaha licik yang cuba menjatuhkan,“ katanya yang juga Pengerusi DAP Perak.

‘Hati-hati, jangan jadi racun dalam Kerajaan Perpaduan‘ – Kor Ming
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (tengah) hadir ke Konvensyen Biasa DAPSY Negeri Perak 2024 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 SEPTEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAPSY Negeri Perak 2024 yang diadakan di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua DAPSY Kebangsaan, Dr Kelvin Yii Lee Wuen.

Dalam perkembangan berkaitan, Kor Ming melihat peratusan mengundi rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu itu jelas menunjukkan bahawa rakyat sudah muak dengan isu sensitif berkaitan 3R (agama, kaum dan raja) yang dimainkan pembangkang.

“Jika sehari-hari pun politik yang bertoksik, politik bertunggang agama, untuk kepentingan diri. Tapi politik yang membinasa, sebaliknya DAP patut menjadi harapan rakyat.

“Pakatan Harapan (PH) juga perlu menjadi inspirasi dan aspirasi rakyat supaya kita membawa politik membina bukan politik membinasa.

‘Hati-hati, jangan jadi racun dalam Kerajaan Perpaduan‘ – Kor Ming
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berucap pada Konvensyen Biasa DAPSY Negeri Perak 2024 di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 SEPTEMBER 2024.

“Bila kita tawar, melamar mereka (pembangkang) supaya tandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarat yang kita tetapkan amat munasabah sekali iaitu jangan main sentimen perkauman, tunggang agama tipu rakyat, mereka tolak. Kita hendak bagi peruntukan, dia tidak mahu, lepas itu dia buat fitnah terhadap kerajaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, tumpuan harus diberikan kepada pembangunan ekonomi yang membawa kesejahteraan kepada rakyat dan menjadi agenda Kerajaan Madani untuk semua.

Semalam, Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah memenangi PRK menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Isu stoking, bak kut teh tidak membina negara – Kor Ming

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI