SK Sungai Pergam terjejas akibat ribut

BAGAN DATUK – Kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda di sini semalam mengakibatkan beberapa struktur bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pergam terjejas.

Difahamkan, kereta milik salah seorang guru sekolah turut mengalami kerosakan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11.45 pagi itu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bagan Datuk, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, sejurus menerima maklumat daripada orang awam, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 3.30 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati dua bilik darjah dan kantin mengalami kerosakan selepas atap genting di bangunan tersebut diterbangkan angin kencang.

“Malah, sebahagian atap tersebut turut menimpa kereta jenis Perodua Bezza milik guru,“ katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, insiden tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di beberapa negeri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI