Pembunuhan Sosilawati: Hukuman mati bekas peguam, pekerja ladang kekal

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap bekas peguam dan pekerja ladangnya kerana membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya 14 tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan dikemukakan oleh N. Pathmanabhan, 55, dan T. Thilaiyalagan, 33, untuk menyemak hukuman mati mereka.

“Dalam menggunakan budi bicara kehakiman kami dan dengan mengambil kira fakta serta keadaan kes, kami menolak permohonan tersebut. Hukuman mati dikekalkan,” kata Tengku Maimun.

Sementara itu seorang lagi bekas pekerja ladang R. Kathavarayan, 44, menarik balik permohonannya untuk menyemak hukuman mati yang kemudiannya diketepikan oleh panel. Ini bermakna hukuman mati Kathavarayan kekal.

Permohonan semakan ini dikemukakan dalam usaha untuk mengurangkan hukuman mati kepada hukuman penjara berikutan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang berkuat kuasa 4 Julai tahun lepas.

Pathmanabhan, Thilaiyalagan dan Kathavarayan telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei 2013 kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Rayuan mereka telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 4 Disember 2015 dan 16 Mac 2017.

Pada awalnya, terdapat empat lelaki yang didakwa tetapi Mahkamah Persekutuan membebaskan R. Matan, 33, setelah mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk mengaitkannya dengan pembunuhan tersebut.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI