Mangsa banjir di Perak meningkat

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat selepas sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di daerah Hulu Perak, pada jam 12.30 pagi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, seramai 30 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II, Gerik.

Menurut JPBN Perak, sehingga jam 10 pagi ini sebanyak tiga PPS telah dibuka di negeri ini melibatkan daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Hulu Perak.

“Setakat ini seramai 166 mangsa daripada tiga daerah kini ditempatkan di tiga buat PPS ekoran kediaman mereka dinaiki air.

“Seramai 71 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 65 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di SK Parit Haji Aman, Bagan Serai,” katanya.

Tambah kenyataan sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai merekodkan bacaan melebihi aras normal setakat jam 7.30 pagi tadi.

“Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang di daerah Kampar mencatatkan paras bahaya dengan bacaan 23.41 meter.

“Sementara itu, Sungai Slim di Slim River daerah Mualim turut merekodkan paras bahaya 26.11 meter pada jam 9.15 pagi,” katanya. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI