158 mangsa banjir dipindahkan ke 3 PPS di Mualim

IPOH – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Mualim selepas kediaman penduduk dinaiki air ekoran hujan lebat sejak jam 11 malam pada Ahad sehingga 4 pagi pada Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mualim dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga PPS yang dibuka adalah Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Batu 4, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim dan SK Slim River.

“Seramai 158 orang mangsa banjir dari 56 keluarga telah dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka pagi tadi memandangkan paras air menunjukkan trend meningkat.

“Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS SK Slim River berjumlah 89 orang daripada 30 keluarga, diikuti SK Kuala Slim seramai 41 mangsa daripada 21 keluarga dan DOR Kampung Batu 4 seramai 28 mangsa daripada 14 keluarga,” katanya.

Menurut JPBD Mualim, kesemua mangsa yang dipindahkan merupakan penduduk dari Kampung kuala Slim, Kampung Batu 4, Kampung Balun, Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Balun dan Taman Slim Permai.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Perak terus merekodkan peningkatan kepada 653 orang setakat jam 10 pagi ini berbanding 625 orang.

Daerah Mualim menjadi daerah keempat terjejas banjir selepas Kerian, Hulu Perak dan Kuala Kangsar. -MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI