Bomba bantu keluarkan mayat lelaki warga emas

TANJUNG MALIM – Bomba membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki warga emas di sebuah rumah di Kampung Baru, Slim River dekat sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan warga emas itu dipercayai meninggal dunia di dalam rumah selepas tidak keluar dari kediamannya sejak beberapa hari.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut sepasukan tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River digerakkan ke lokasi.

“Anggota yang tiba bersama polis menemui seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun telah meninggal dunia di dalam rumah tersebut.

“Komander operasi bertindak membuat size up dan mengarahkan anggota mengunakan peralatan khas untuk membuka pintu tersebut disaksikan oleh pihak polis.

“Setelah pintu berjaya dibuka pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 8.17 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak dua tahun tersepit tangan dalam mesin permainan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI