Lori terbalik, dua lelaki cedera

IPOH – Dua lelaki cedera selepas lori yang mereka naiki terbalik dalam nahas di Jalan Lahat, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 9 pagi.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah lori terbalik melibatkan dua orang mangsa lelaki masing-masing berusia 44 tahun.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa terbabit telah dikeluarkan oleh orang awam dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Anggota membuat pemeriksaan di sekeliling lori tersebut bagi memastikan tiada lagi mangsa dan didapati selamat,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 9.50 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bomba bantu keluarkan mayat lelaki warga emas

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI