Mangsa banjir di Perak menurun kepada 557 orang

IPOH – Mangsa banjir di Perak menurun kepada 557 orang daripada 173 keluarga di tiga daerah setakat jam 10 pagi pada Ahad.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan daerah Perak Tengah, Hilir Perak dan Kerian.

“Hilir Perak merupakan daerah paling ramai menempatkan mangsa banjir di negeri ini dengan jumlah 284 orang dari 83 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

“Sementara itu, seramai 211 mangsa daripada 71 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Perak Tengah diikuti 62 orang daripada 19 keluarga berada di dua PPS di Kerian,” katanya.

Mengulas lanjut, JPBN Perak berkata, semua mangsa yang kekal di PPS merupakan penduduk daripada 28 buah kampung yang masih dinaiki air banjir.

Semalam MG Perak melaporkan banjir di Perak semakin pulih selepas empat PPS di daerah Kuala Kangsar dan Kampar ditutup sepenuhnya pada jam 1 petang.

Tiga PPS yang ditutup di daerah Kuala Kangsar adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah, Dewan Pandak Hamid Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RLKT Lasah di Sungai Siput.

Manakal sebuah lagi PPS yang ditutup semalam adalah SK Kota Baharu di dalam daerah Kampar yang dibuka pada Rabu lalu. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Empat PPS di Kuala Kangsar, Kampar ditutup

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI