Kibar bendera China di Teluk Intan: Kenyataan Pas berbaur fitnah – DAP

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Woo Kah Leong menyangkal dakwaan berlakunya kibaran bendera China sewaktu Pesta Tanglung anjuran wakil rakyat setempat yang diadakan di Menara Condong, Teluk Intan pada 13 September lalu.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming adalah tidak tepat dan berbaur fitnah.

“Saya ingin menyangkal sekerasnya-kerasnya kenyataan Razman bahawa tindakan kibar bendera China tidak pernah berlaku sewaktu berlangsungnya Pesta Tanglung anjuran wakil rakyat setempat yang diadakan pada 13 September lalu.

“Selain itu, beliau (Razman) turut menyebarkan fitnah bahawa program yang melibatkan insiden kibar bendera China dihadiri Ahli Parlimen Teluk Intan, Kor Ming dan saya.

“Ini adalah pembohongan semata-mata kerana kami tidak pernah menghadiri apa-apa program di Teluk Intan yang mengibarkan bendera China,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Pembangkang DUN Perak itu berniat jahat kerana cuba mengaitkan insiden mengibarkan bendera China dengan melibatkan mereka berdua.

“Sepatutnya beliau menyemak fakta sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi dan patut mengambil iktibar daripada kes-kes disaman fitnah sebelum ini yang menatijahkan diri sendirinya membayar bayaran ganti rugi yang berjumlah besar.

Sehubungan itu, Kah Leong menuntut Razman untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka atas penyebaran info yang tidak benar.

Sebelum ini, PAS Perak menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden tular bendera China dikibarkan, didakwa berlaku ketika Pesta Tanglung Teluk Intan yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, pada bulan lalu.

Razman mendakwa perkara itu menyalahi Seksyen 3 Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 iaitu tiada seorang pun boleh mempamer mana-mana lambang kebangsaan termasuk bendera negara asing di tempat awam atau di sekolah.

Terdahulu, tular di media sosial gambar dan video berdurasi sekitar seminit memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera China berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan.

Bagaimanapun, video tular itu bukanlah Pesta Tanglung seperti yang didakwa sebaliknya ia adalah Sambutan Guan Gong Sedunia melibatkan rombongan dari Negara China pada malam perarakan di Teluk Intan pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris ketika dihubungi akan mengadakan sidang media berkaitan insiden tersebut pada jam 8 malam ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penganjur mohon maaf insiden kibar bendera China di Teluk Intan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI