Bas persiaran bawa 41 penumpang rempuh treler

IPOH – Seramai empat orang daripada 41 penumpang cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki dipercayai merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 295.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat Gopeng, awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung nahas itu sekitar jam 4.03 pagi.

Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan dibantu BBP Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Bas persiaran tersebut membawa rombongan dari Melaka ke Kedah seramai 41 orang penumpang dan seorang pemandu bas.

“Kemalangan menyebabkan bahagian hadapan bas tersebut remuk dan empat penumpang mengalami kecederaan ringan.

“Bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua mangsa yang berada dalam bas berjaya keluar dengan sendiri sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi mengarahkan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membuat rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati empat penumpang iaitu tiga wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan ringan.

“Tiga mangsa dibawa ke hospital dengan EMRS Gopeng dan seorang lagi dibawa oleh ambulan Kementerian Kesihatan,” ujarnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Norazhan Noor Fauzi tamat kira-kira jam 5 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita Vietnam ditahan susulan kejadian kebakaran 3 rumah 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI