Fun Map Batu Kurau permudah pelancong

TAIPING – Perak memperkenalkan Peta Eko Warisan Teroka Batu Kurau (Fun Map Batu Kurau) bagi memudahkan pelancong merancang aktiviti disamping memberikan kesan positif kepada ekonomi komuniti tempatan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peta ini adalah inisiatif penting untuk menjadikan Batu Kurau sebagai destinasi pelancongan eko-warisan, selaras dengan Flagship Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) di bawah Agenda Perak Sejahtera 2030.

Menurutnya, peta berkenaan memperkenalkan lokasi tarikan utama di sekitar Batu Kurau seperti Rumah Agam 1918, durian kampung, Lata Sempeneh, dan Batu Kapur Gunung Kurau.

Fun Map Batu Kurau memudahkan pelancong, beri kesan positif ekonomi tempatan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Peta Eko Warisan Teroka Batu Kurau di perkarangan Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Taiping hari ini.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

“Projek ini terlaksana dengan sokongan dana RM38,550 dari Think City melalui Geran Pemangkin Ekonomi Budaya bagi mempromosikan Batu Kurau sebagai destinasi mampan dan inklusif yang melibatkan komuniti setempat.

“Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) yang diterapkan dalam projek ini memberi peluang kepada masyarakat setempat, termasuk wanita dan belia, untuk menerima manfaat ekonomi langsung daripada kedatangan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2024 Siri 8 di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering di sini pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Fun Map Batu Kurau memudahkan pelancong, beri kesan positif ekonomi tempatan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Peta Eko Warisan Teroka Batu Kurau di perkarangan Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Taiping hari ini.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Dalam masa sama, Saarani turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan penyelidik yang diketuai Dr Mohd Zulhafiz Said dari Universiti Putra Malaysia (UPM), serta penyelidik dari  Universiti Sains (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) termasuk semua pihak yang menyokong projek tersebut, termasuk Pejabat Daerah dan Tanah LMS, Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Tourism Perak dan komuniti Batu Kurau.

“Saya berharap inisiatif ini mampu memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi Batu Kurau dan memperkukuhnya sebagai destinasi pelancongan utama di Perak, serta menjadi model kepada usaha pelancongan eko-warisan di daerah lain,” ujarnya.

Peta Eko Warisan Teroka Batu Kurau memudahkan pelancong, beri kesan positif ekonomi tempatan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 8 Tahun 2024 di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Taiping.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Sementara itu, menyentuh mengenai Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak tahun 2024 Siri 8 yang diadakan hari ini, beliau memaklumkan, sebanyak 199 aduan diterima iaitu jumlah tertinggi pada tahun ini.

“Sehingga siri 7, sebanyak 1,320 aduan telah dikumpul dan dari jumlah itu, 1,300 (98.5 peratus) aduan telah berjaya diselesaikan manakala 20 (1.5 peratus) aduan masih dalam tindakan,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Program Mesra HBP: 96 peratus aduan berjaya diselesaikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI