Papan tanda amaran ditambah di lokasi laluan haiwan liar

BATU GAJAH – Pemasangan papan tanda pintar akan diperbanyakkan di lokasi yang menjadi laluan haiwan liar sebagai amaran kepada pengguna jalan raya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, perkara itu telah dimaklumkan sewaktu beliau menghadiri mesyuarat di Putrajaya, semalam.

“Semalam saya telah menyertai satu mesyuarat di Putrajaya bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil termasuk memberi amaran lebih berkesan kepada pengguna jalan raya.

“Pada masa sama, kita akan mempertingkatkan langkah keselamatan di sepanjang jalan raya khususnya di laluan haiwan liar dengan memasang lebih banyak papan tanda amaran.

“Kita akan memasang papan tanda pintar yang lampunya akan menyala dan berbunyi sekiranya ada pergerakan haiwan,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Rakan Alam Sekitar X Eco Green Market di Auditorium Majlis Daerah Batu Gajah, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kok Lim turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan pembukaan kawasan pertanian menjadi punca haiwan liar tersebut keluar dari habitat semula jadinya dan berpendapat kes tersebut lebih menjurus kepada kemalangan.

Pada Ahad, media melaporkan, seekor harimau belang mati dengan sebahagian badannya hancur digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa sekitar jam 5.30 pagi.

Dalam rakaman video tular itu memaparkan seekor harimau terperosok di bawah lori, dengan beberapa anggota termasuk kepala yang terpisah serta bertaburan di atas jalan raya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Harimau belang mati dilanggar lori di JRTB

Perhilitan kesan pencuri bahagian bangkai harimau belang mati dilanggar

Harimau dilanggar lori: Polis minta pemandu tampil

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI