Empat pelajar universiti ditahan miliki hampir 2kg ganja

PARIT – Polis menahan empat pelajar sebuah universiti serta merampas sejumlah dadah disyaki ganja seberat 1.921 kilogram bernilai RM2,500 di sebuah rumah teres dua tingkat di Seri Iskandar, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, dua pelajar lelaki dan dua pelajar wanita berusia antara 20 hingga 22 tahun itu ditahan sekitar jam 1.40 petang.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut telah menemui satu bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi ketulan mampat disyaki ganja seberat 865 gram (g) dan satu ketulan mampat berwarna oren yang dibalut dengan plastik lutsinar juga dipercayai ganja seberat 1,038 g.

“Turut ditemui dalam permeriksaan itu dua peket plastik lutsinar berisi ganja dengan berat 18 g dan kesemuanya bernilai sekitar RM2,500.

“Dadah itu dipercayai untuk kegunaan mereka sendiri dan juga untuk tujuan pengedaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan sama, Zulkafli berkata, polis turut menyita sebuah kereta Mercedes Benz C200, wang tunai berjumlah RM400 serta seutas rantai leher di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sindiket edar dadah: Polis tahan tiga lelaki termasuk dalang

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI