TAIPING – Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemui terapung di lombong Tekah Permai, di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat wanita itu daripada pihak polis pada jam 9.13 pagi.
Menurutnya, sepasukan 11 anggota dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping bergerak ke lokasi kejadian.
“Kita menerima panggilan dari pihak polis untuk membantu mengambil mayat yang ditemui terapung di tebing lombong dan mendapati mangsa adalah seorang wanita.
“Bagaimanapun setakat ini identiti mangsa tidak dapat dikenalpasti,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.
Beliau berkata, ketua operasi bertindak melaksanakan sizeup seterusnya anggota membuat kerja-kerja peyelamatan menggunakan ‘ceiling hook’ untuk menarik mangsa tersebut.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Katanya, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Mazli Abd Mutalib tamat sepenuhnya jam 9.50 pagi. – MG Perak
Artikel Berkaitan: