Sultan Nazrin Kurnia 153 darjah kebesaran dan pingat

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 baginda di Istana Iskandariah, di sini, pada Sabtu.

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 NOVEMBER 2024.

Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta, Atikah Md Radzi mendahului senarai 153 penerima darjah kebesaran dan pingat pada sesi kali ini.

Atikah merupakan antara 14 penerima Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) selain Pegawai Memerintah Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Hirwan Baharuddin dan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak, Muhammad Fauzi Uzir Abd Wahab.

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 41 penerima didahului penerima tahun 2020, Dr Mohd Razak Norndin dan penerima 2022, Bakri Miswan.

Turut menerima Darjah AMP bagi tahun 2024 Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Shamsahhimi Harun; Pengetua SMK King Edward VII, Alias Areff; Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Roslina Ishak; Pengetua SMK Agama Sultan Azlan Shah, Taufik Suhaimi Ahmad dan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Choy, Tan Chee Ming.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 NOVEMBER 2024.

Baginda kemudian mengurniakan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) kepada 59 penerima disusuli, 29 Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Jurulatih pasukan hoki Perak, Mohd Nizam Mohd Hashim; atlet sepak takraw, Meor Mohamad Zulfikar Mat Amin; atlet muay thai, Nur Amisha Azril Rizal serta atlet boling padang, Aleena Ahmad Nawawi merupakan antara individu dikurniakan PJK oleh baginda.

Turut menerima pingat sama dua pengamal media iaitu Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak, Nor Ain Abu Bakar dan wartawan Astro Awani Perak, Abd Razak Mohd Ali.

Pada 9 November lalu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, mendahului 59 senarai penerima Darjah Kebesaran serta Pingat Negeri Perak di Istana Iskandariah.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengurniakan Syed Danial, 80, Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda Ke-68. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dahului 59 penerima darjah kebesaran, pingat Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI