IPOH – Kehadiran pelancong antarabangsa ke Negeri Perak telah melepasi sasaran 350,000 pelancong luar negara pada kempen Tahun Melawat Perak 2024.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Loh Sze Yee berkata, setakat ini seramai 609,249 pelancong antarabangsa direkodkan telah berkunjung dan bermalam di Perak setakat ini. – MGPerak