Amaran banjir di Hulu Perak, Kuala Kangsar

IPOH: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di sembilan lokasi di Daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar bermula hari ini sehingga 13 Disember 2024.

JPS dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua lapan kampung berkenaan terletak dalam lingkungan lima kilometer radius dari Sungai Perak, Sungai Kenderong, Sungai Kenering, Sungai Rui dan Sungai Air Tawar di Hulu Perak serta Sungai Siput di Kuala Kangsar.

Katanya lagi, amaran berkenaan itu susulan amaran hujan berterusan di peringkat berjaga-jaga oleh Jabatan Meteorologi semalam.

Kampung yang berisiko banjir di Hulu Perak ialah Kampung Sumpitan, Kampung Beng, Kampung Bendang Kerajaan (Pekan Gerik) dan Kampung Kerunai.

Selain itu, Kampung Padang, Kampung Malau, Kampung Pahat dan Kampung Lawin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kampung Veerasamy di Sungai Siput di Kuala Kangsar.

Katanya, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.

Oleh itu, amaran dikeluarkan bagi memastikan semua penduduk yang berada di kawasan yang dijangka banjir mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir Perak kekal 117 di dua daerah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI