Program advokasi MCMC perkasa Komuniti Orang Asli Sungai Tonggang

IPOH – Kempen advokasi anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, di sini, merupakan usaha memperkasa komuniti tersebut agar memanfaatkan penggunaan internet dengan selamat.

Membawa tema ‘From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang’, kempen ini telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pada Khamis.

Beliau turut meluangkan masa melawat tapak menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Kampung Orang Asli Sungai Tonggang yang beroperasi sejak Oktober 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merasmikan Menara Telekomunikasi JENDELA pada Majlis Peluncuran Kempen Advokasi MCMC bertemakan ‘From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang’ di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Hulu Kinta. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 DISEMBER 2024.

Fahmi dalam ucapannya berkata, pihaknya melihat peluang melalui program advokasi ini untuk meningkatkan keupayaan yang dapat memberi manfaat kepada komuniti Orang Asli Kampung Tonggang.

Beliau turut menzahirkan harapan agar kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, dengan usaha Kementerian Komunikasi serta sokongan Kerajaan Negeri Perak, dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat, termasuk masyarakat di kampung Orang Asli.

“Kampung ini telah dipilih sebagai lokasi pertama untuk projek rintis yang akan berlangsung selama tiga bulan yang melibatkan program kesedaran keselamatan peserta untuk pelajar-pelajar berusia tujuh hingga 17 tahun.

“Mereka akan mengikuti enam sesi pembelajaran di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang berdekatan. Selain itu, tiga sesi taklimat turut disediakan untuk para ibu bapa dan guru,” katanya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berucap pada Majlis Peluncuran Kempen Advokasi MCMC bertemakan ‘From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang’ di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Hulu Kinta. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen Advokasi MCMC bertemakan ‘From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang’ yang dihadiri kira-kira 100 penduduk orang asli di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, di sini, pada Khamis.

Hadir sama Ketua Pegawai Sektor Hal-Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya; Pengarah Kanan MCMC Wilayah Utara, Izani Othman dan Pengarah Pejabat Negeri Perak, Mohd Irwan Mohamed.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, di bawah program advokasi pembangunan ekonomi pula, MCMC bersama rakan-rakan strategik akan mengadakan sesi bimbingan keusahawanan untuk membantu masyarakat Orang Asli mencipta peluang perniagaan.

Jelasnya, menerusi sesi bimbangan yang diberikan itu, mereka dapat mengetengahkan produk tradisional bernilai tinggi dan seterusnya menjana sumber pendapatan sekali gus membantu mencipta industri komuniti yang lebih kukuh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika hadir pada Majlis Peluncuran Kempen Advokasi MCMC bertemakan ‘From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang’ di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Hulu Kinta. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 DISEMBER 2024.

“Selain itu kita jelaskan tentang aspek-aspek pembangunan ekonomi dan saya percaya produk-produk yang ada akan terjual.

“Saya juga akan ke homestay (inap desa) Kayuh D’ Tonggang yang diusahakan komuniti dengan sokongan pelbagai agensi di mana ia menjadi daya tarikan bagi para pelancong dan mampu menjana pendapatan,” katanya.

Kempen advokasi ini dijayakan bersama dengan rakan-rakan strategik seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pos Malaysia, Sekretariat Wanita Perak dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyantuni masyarakat Orang Asli pada Majlis Peluncuran Kempen Advokasi MCMC bertemakan ‘From Roots to Routes: Boosting Economic Development and Social Empowerment for Orang Asli Sungai Tonggang’ di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Hulu Kinta. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 DISEMBER 2024.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Che Wan Alang, 43, berkata, pembinaan menara JENDELA di kampungnya itu membawa seribu rahmah terutamanya kepada generasi muda.

Beliau berkata, anak-anak muda tidak perlu berkumpul di bawah pokok dan tepi bukit semata-mata mencari liputan rangkaian bagi memudahkan mereka mengakses internet.

“Menara komunikasi yang baharu dibina memudahkan urusan kami dan tiada lagi anak-anak berlonggok di bawah pokok, tepi bukit, semata-mata mencari liputan.

“Kami berharap lebih banyak kemudahan-kemudahan lain akan dibawa dan ditambah baik oleh kerajaan untuk penduduk sini supaya kami hidup dengan sempurna selari peredaran masa,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penduduk Orang Asli Sungai Tonggang gembira liputan internet laju

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI