Warga emas ditemukan mati seorang diri dalam rumah 

IPOH – Seorang lelaki warga emas ditemukan telah meninggal dunia seorang diri di dalam bilik sebuah pangsapuri di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memaklumkan dia tidak dapat menghubungi pakciknya sejak dua hari lalu dan mengesyaki sesuatu telah berlaku ke atas warga emas itu.

Menurutnya, lelaki tersebut juga memaklumkan pintu rumah mangsa berkunci dan tiada jawapan dari dalam rumah.

“Selepas menerima panggilan kecemasan itu sekitar jam 11.15 malam sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati pihak polis telah pun berada di situ.

“Ketua operasi telah melakukan pemeriksaan (size up) dan mengarahkan anggota memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas paratech.

“Setelah pintu berjaya dibuka, didapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 68 tahun ditemui terbaring di dalam bilik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya telah bertindak membantu mengangkat mayat mangsa dan menyerahkannya pada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 12.10 tengah malam,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ditemui mati dalam rumah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI