KPKT laksana 6,611 projek pembangunan, peruntukan hampir RM1 bilion

IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya melaksanakan 6,611 projek pembangunan dan infrastruktur di seluruh negara pada tahun ini dengan peruntukan hampir RM1 bilion.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia meliputi 20 projek berskala besar, projek berskala kecil (3,697), pembangunan gerai dan kiosk (357 projek) serta pendigitalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (satu projek).

“Manakala 362 projek juga telah dilaksanakan di bawah Inisiatif Belanjawan 2024 meliputi peningkatan tahap kesihatan gerai atau warung kecil melibatkan 87 projek.

“Turut dilaksanakan 93 projek sistem perparitan dan longkang serta 182 projek penyelenggaraan kolam takungan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penutup Sentuhan Kejayaan KPKT di Meru Raya, dekat sini, pada Jumaat.

KPKT kementerian projek pembangunan RM1 bilion Kor Ming negara juta peruntukan kos tambun
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menunjukkan jumlah projek yang berjaya dilaksanakan KPKT sepanjang tahun 2024 pada program Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Meru Raya, Ipoh.
Turut hadir, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 DISEMBER 2024.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee; Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin; serta Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli.

Tambah Kor Ming, di samping itu KPKT turut melaksanakan 107 projek melibatkan peruntukan RM168.7 juta di bawah peruntukan projek pembangunan kemententerian di kawasan Parlimen Tambun yang juga diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, kawasan di Parlimen Tambun telah menerima sebanyak 55 projek di bawah Jabatan Kerajaan Tempatan dengan nilai RM17.02 juta.

“KPKT komited untuk menyediakan rumah mampu milik bagi rakyat di Tambun dengan peruntukan RM149.21 juta bagi Program Residensi Rakyat (PRR) Tambun.

“Selain itu, turut diperuntukan RM567,948.50 bagi tujuh projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” ujarnya.

KPKT kementerian projek pembangunan RM1 bilion Kor Ming negara juta peruntukan kos tambun
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melawat MyKiosk Meru Raya ketika hadir pada program Sentuhan Kejayaan KPKT 2024 di Meru Raya, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 DISEMBER 2024.

Menurut beliau lagi, KPKT melalui Bahagian Kesejahteraan Komuniti dan Bahagian Kampung Baru Cina juga melaksanakan 34 projek baik pulih dan pembinaan baharu rumah dengan menelan belanja RM734,640.

Kata Kor Ming, pihaknya juga turut menaik taraf infrastruktur awam di kawasan Kampung Baru Cina dengan peruntukan sebanyak RM1.71 juta.

Jelas beliau, ia merangkumi 10 projek merangkumi kerja-kerja menurap semula jalan dan menaik taraf taman rekreasi.

Mengulas lanjut beliau berkata, kejayaan besar KPKT dalam menjayakan projek berimpak tinggi kepada rakyat adalah disokong tatakelola pentadbiran kerajaan yang baik serta pimpinan yang berintegriti.

“Komitmen ini membuatkan kita mampu melaksanakan langkah penjimatan terhadap setiap projek, mengurangkan ketirisan, pemborosan dan penyelewengan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPKT salur hampir RM7 juta untuk 11 projek di Kampar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI