SJKT Ladang Ayer Tawar terbakar

MANJUNG – Kantin dan stor peralatan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Ayer Tawar hampir musnah dalam kebakaran dekat sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, tiga buah kelas dan sebuah makmal sains turut terjejas dalam kebakaran tersebut.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.52 pagi.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati keadaan api tidak marak dan keadaan terkawal.

“Kita mendapati kebakaran melibatkan tiga buah kelas, sebuah makmal sains, stor peralatan dan kantin.

Kantin, stor, kelas, makmal sains SJKT Ladang Ayer Tawar terbakar
Kebakaran membabitkan kantin, stor peralatan, kelas dan makmal sains di SJKT Ladang Ayer Tawar, Manjung. Foto ihsan JBPM Perak

“Ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman.

“Ketika kejadian, hanya terdapat beberapa orang guru dan pelajar yang berada di sekolah tersebut namun tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan,“ katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan kemusnahan kira-kira 70 peratus.

Katanya, seramai 26 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar, BBP Sitiawan, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ayer Tawar, PBS Pantai Remis dan Bomba Komuniti Manjung terlibat dalam operasi pemadaman.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.59 petang,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita nyaris maut kereta terbabas, terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI