Pemandu, kelindan tersepit nahas dua kenderaan

KUALA KANGSAR – Pemandu dan kelindan sebuah lori bonded lima tan cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer 247 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi tadi.

Difahamkan, lori bonded lima tan itu dipercayai telah melanggar bahagian belakang sebuah treler yang membawa muatan getah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.21 pagi.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar yang dikejarkan ke lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori bonded lima tan dan treler membawa muatan getah.

“Dua lelaki yang berada dalam lori bonded tersebut ditemukan tersepit iaitu pemandu berusia 46 tahun dan kelindan berusia 15 tahun manakala pemandu treler berusia 46 tahun selamat.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat,“ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 5.31 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu, kelindan cedera, lori muatan pasir terbabas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI