IPOH: Perniagaan adalah sebahagian daripada pekerjaan murni dan jika dilaksanakan dengan jujur serta amanah akan membuahkan pendapatan yang halal dan dilimpahi keberkatan Allah S.W.T.
Justeru itu, Islam amat menggalakkan umatnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Perkara itu, disampaikan menerusi teks Khutbah Jumaat bertajuk ‘Islam dan Keusahawanan’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada hari ini.
Teks khutbah yang dibacakan di masjid dan surau diri Jumaat (SDJ) seluruh Perak itu turut menyentuh bahawa peniaga dan usahawan merupakan individu yang melakukan pekerja sendiri dalam memperoleh pendapatan.
Katanya lagi, bekerja dengan usaha sendiri merupakan sebaik baik pekerjaan seperti sabda Rasullah S.A.W. di dalam hadis Riwayat Tabarani yang bermaksud pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.
Teks khutbah Jumaat berkenaan juga turut mengutarakan beberapa perkara dalam menjayakan program keusahawanan di negeri ini.
“Pertama, kesedaran dan minat masyarakat Islam terhadap perniagaan dan keusahawanan wajar dipupuk serta ditingkatkan.
“Perniagaan dan keusahawanan yang berdaya maju menatijahkan keuntungan serta pendapatan lumayan, yang membolehkan ummah bukan sahaja keluar
daripada kelompok kemiskinan malah berupaya meletakkan ummah mencapai taraf masyarakat menengah atas dan masyarakat berpendapatan tinggi,” katanya.
Seterusnya perkara ketiga mimbar disarankan agar saling bantu membantu dalam mengukuhkan jaringan perniagaan sesama umat Islam serta menjauhi sifat
hasad dengki, adu domba, khianat, penipuan dan penyelewengan.
Katanya lagi, usahawan perlu senantiasa menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan dengan mempelajari ilmu pengurusan perniagaan, pengurusan risiko, penguasaan teknologi, perakaunan, kewangan, pemasaran, pengiklanan, jaringan perniagaan dan pelbagai lagi.
“Keempat pula Islam sebagai agama yang menjadi rahmat ke seluruh alam, menggariskan beberapa nilai dan etika yang mesti dipatuhi. Jangan sama sekali seorang Muslim terlibat mengusahakan perniagaan yang haram seperti penjualan arak, barangan seludup, perniagaan berbentuk judi, serta pusat-pusat hiburan yang menjalankan kegiatan bercanggah dengan hukum syarak.
“Janganlah seorang peniaga dan usahawan Muslim bersifat menipu, mengurangkan timbangan, memberi rasuah, melakukan sumpah palsu, menyeludup, menyembunyikan barangan dengan niat mahu mengaut keuntungan berganda.
“Seorang Muslim juga tidak seharusnya bersifat melampau apabila meletakkan harga, apatah lagi dengan sedar tidak menghiraukan kawalan harga yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Tambahnya lagi, seorang peniaga Muslim akan ikhlas dan telus mengisytiharkan keuntungan, jujur membayar cukai perniagaan daripada keuntungan,
juga ikhlas menunaikan zakat.
“Perkara kelima adalah asjid, surau, madrasah, maahad tahfiz dan pelbagai institusi pendidikan dan agama berperanan dalam menjayakan aktiviti keusahawanan. Jadikan contoh ikutan, kejayaan yang dicapai oleh beberapa buah koperasi di beberapa buah masjid dan Maahad Tahfiz di negeri Perak.
“Seterusnya yang keenam pula adalah peniaga, usahawan dan institusi perniagaan yang berjaya memperoleh keuntungan hendaklah menyempurnakan kewajipan berzakat di samping membantu dan berkongsi kejayaan dengan para usahawan yang lain,” katanya. -MG Perak
Artikel Berkaitan:
Khutbah Jumaat Perak: Azam, usaha merugikan jika melakukan perkara mungkar